Blue-T Publication Sdn Bhd
Link
Search Advanced Search
Main Menu
Our Products
Currency
Total visitor :
Product > Blue-T Kids > Siri Teladan Nilai Murni

Items 1-10 of 12
Page : next
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Apa Yang Dikejarnya?)      
Product Code NM01
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Sikap Rahim yang terburu-buru dan tidak sabar semakin menjadi-jadi. Ibunya berasa kecewa dengan sikap Rahim. Di sekolah, Rahim dimarahi gurunya kerana terburu-buru menyiapkan kerja sekolah. Ketika Rahim dan kawannya berlumba lari menuju ke kelas, dia dengan tidak sengaja tertolak seorang murid perempuan sehingga terjatuh. Apakah tindakan yang telah dikenakan ke atasnya? Adakah Rahim akan mengubah sikapnya selepas itu?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Ini Biskut Siapa?)      
Product Code NM02
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Hakim dan Chee Meng melihat sebuah van yang dipandu laju. Paket-paket makanan ringan dari dalam van itu jatuh bertaburan tanpa disedari oleh pemandu van tersebut. Hakim dan Chee Meng melarang murid-murid daripada mengambil makanan ringan yang terjatuh dari van tersebut. Dengan bantuan Michelle, Chee Meng dan Hakim berusaha untuk memulangkan makanan ringan tersebut kepada tuannya. Adakah mereka dapat mencari siapakah tuan punya van itu?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Kaki Buli Sekolah)      
Product Code NM03
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Siva dan Hakim dilantik sebagai pengawas sekolah pada penggal baharu persekolahan. Namun selain pengawas yang ditugaskan di sekolah itu, terdapat sekumpulan murid yang secara diam-diam menghukum murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. Siva dan Hakim cuba membongkar kegiatan kumpulan murid tersebut. Adakah mereka mampu menyelesaikan kes itu? Siapakah murid-murid yang terlibat dengan kegiatan itu
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Kejutan Untuk Dia)      
Product Code NM04
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Chee Meng bersemangat untuk menyambut hari jadinya. Pelbagai persediaan yang telah dilakukannya untuk sambutan hari jadinya itu. Walau bagaimanapun, apabila hari jadinya sudah semakin hampir, ibu Chee Meng terpaksa membatalkan sambutan hari jadi tersebut. Ibu Chee Meng terpaksa menjaga datuk Chee Meng yang dimasukkan ke hospital. Chee Meng berasa sangat sedih. Puan Hani, Hakim, Rahim, Haizam dan Marlia telah merancang untuk membuat kejutan untuk Chee Meng. Apakah kejutan itu?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Kenapa Dengan Kamu Ini)      
Product Code NM05
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Siva menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Dia selalu tertidur semasa cikgu mengajar di dalam kelas. Dia juga malas untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. Apabila peperiksaan hampir tiba, Siva mula menjadi cemas kerana tidak sempat membuat ulangkaji pelajarannya. Pada hari peperiksaan, berlaku suatu peristiwa yang mengejutkannya. Adakah Siva mengambil pengajaran daripada peristiwa itu?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Leela Lari Dari Rumah)      
Product Code NM06
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Suami Mak Cik Devi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Leela berasa kurang senang apabila ibunya menyatakan hasrat membawa Mak Cik Devi sekeluarga tinggal bersamanya. Semenjak Mak Cik Devi tinggal di rumah Leela, Leela mula menunjukkan sikap degil dan nakal. Dia tidak mahu berkawan dengan anak Mak Cik Devi iaitu Rahim dan Rani. Leela mengambil keputusan untuk lari dari rumah apabila berasakan ayah dan ibunya tidak sayang akan dirinya lagi. Namun, telah berlaku kejadian ngeri ketika Leela lari dari rumahnya. Siapakah yang telah menolongnya dalam kejadian itu?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Marlia Yang Gigih)      
Product Code NM07
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Marlia lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, dia berani manawarkan dirinya untuk mewakili kelas dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Marlia meminta pertolongan daripada Michelle mengajarnya menguasai sebutan Bahasa Inggeris. Apabila tiba hari pertandingan tersebut, Marlia berusaha dengan bersungguh-sungguh. Adakah Marlia akan berjaya dalam pertandingan tersebut? Mengapa pula Marlia menangis?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Malam Yang Menakutkan)      
Product Code NM08
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Michelle teruja untuk menyertai pesta unggun api yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya. Pada awalnya, Ibunya tidak setuju untuk Michelle menyertai aktiviti pada waktu malam itu. Namun akhirnya Michelle dibenarkan menyertai aktiviti itu setelah Michelle bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang diberikannya. Namun, pada malam pesta unggun api diadakan, Michelle telah melanggar syarat-syarat yang diberikan oleh ibu bapanya. Pada malam itu, berlaku peristiwa yang paling menakutkan dalam hidup Michelle. Dia sangat menyesal kerana tidak mendengar pesanan ibu dan bapanya. Apakah yang telah berlaku kepada Michelle?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Nenek Jangan Bersedih Lagi)      
Product Code NM09
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Hakim berpindah ke rumah baharu. Dia berhasrat untuk berbaik-baik dengan Nyonya Lee, jiran di sebelah rumahnya. Hasrat Hakim tidak kesampaian apabila Nyonya Lee tidak mempedulikannya. Hakim berasa sedih dan kecewa dengan sikap Nyonya Lee. Namun, kebijaksanaannya telah berjaya melembutkan hati Nyonya Lee. Apakah yang dilakukan oleh Hakim untuk mengambil hati Nyonya Lee?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Product Name Siri Teladan Nilai Murni (Pecahkan Tingkap?)      
Product Code NM10
Discount -
Selling Price RM13.00
Short Description Siva, Chee Meng, Rahim, dan Haizam membuat rancangan untuk bermain bola sepak di padang sekolah selepas waktu persekolahan. Ketika asyik bermain bola sepak, Haizam menendang bola ke arah bangunan sekolah dengan tidak sengaja. Akibatnya, tiga keping tingkap kaca bangunan sekolah itu telah pecah. Mereka berempat cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan guru kerana takut akan didenda. Kerana perbuatan mereka berempat, murid lain yang tidak bersalah pula telah dipanggil oleh guru disiplin. Adakah Siva, Chee Meng, Rahim dan Haizam akan membiarkan orang lain dihukum kerana kesalahan yang mereka lakukan?
Add To Shopping Cart
 
Add To Inquiry Cart
 
Add To Wish List
 
Items 1-10 of 12
Page : next

© Copyright 2010. All rights reserved. Powered by